logo

FX.co ★ Analisis Teknikal AUD/USD untuk 29 Mac, 2016

Analisis Teknikal AUD/USD untuk 29 Mac, 2016

Analisis Teknikal AUD/USD untuk 29 Mac, 2016

Pasangan mata wang AUD/USD ini diramalkan akan mencapai sasaran pada tahap 0.7570. Pasangan mata wang ini masih didagangkan pada aliran menaik dan kini berada di sekitar purata pergerakkan tempoh 20. Kecenderungan kenaikan harga dikekalkan oleh kenaikkan purata pergerakkan tempoh 50, manakala indeks yang agak kuat masih di atas tahap neutral pada 50 dan memanggil aliran menaik. Rintangan paling hampir terletak pada tahap 0.7570 dan seterusnya pada tahap 0.7610.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7570 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7610. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.7475 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7450. Titik pangsi terletak pada tahap 0.75.

Tahap Rintangan: 0.7570, 0.7610, 0.7660

Tahap Sokongan: 0.7475, 0.7450, 0.75

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan