
Pasangan mata wang USD/JPY dijangka akan mencapai sasaran pada tahap 111.60 sementara kekal berada di bawah rintangan utama pada tahap 112.65. Semalam, saham-saham AS ditutup sedikit rendah, Dow Jones Industrial Average menurun 0.2% kepada 17.685, S&P 500 jatuh 0.2% kepada 2059, dan Nasdaq Komposit kekal mendatar pada 4869.
Sementara itu, kerajaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan laporan mengenai kenaikkan dalam tuntutan pengangguran awal kepada 276K pada minggu berakhir 26 Mac (berbanding ramalan 265k) daripada 265k pada minggu sebelumnya.
Minyak mentah Nymex meningkat 2 sen menjadi $ 38.34 setong, emas meningkat 0.6% kepada $ 1232 auns, manakala indikator pasaran hasil Perbendaharaan 10 tahun turun kepada 1.784% daripada 1.830% pada sesi sebelumnya.
Indeks Dollar The Wall Street Journal mencatatkan lagi 0.2% penurunan kepada 86.56 sebagaimana pasangan mata wang EUR/USD ini telah menokok 0.4% kepada 1.1378, dam pasangan mata wang USD/CHF jatuh 0.4% kepada 0.9611. Pada masa yang sama, pasangan mata wang USD/JPY meningkat 0.1% kepada 112.56, GBP/USD susut 0.1% kepada 1.4358, USD/CAD meningkat 0.3% kepada 1.3004, dan NZD/USD susut 0.2% kepada 0.6903.
Pagi ini, Bank Jepun melaporkan bahawa Large-Manufacturer Tankan jatuh kepada 6 untuk Q1 (berbanding ramalan 8) daripada 12 pada suku sebelumnya. Malam ini, kerajaan AS dijadualkan akan mengeluarkan laporan pekerjaan Mac. Pasangan mata wang ini baru sahaja menembusi di bawah 'Bollinger band' yang lebih rendah sepertimana band terus melebar, menunjukkan pecutan ke arah bawah. Urusniaga harian (carta 30-minit) indeks kekuatan relatif teruk diarahkan di bawah tahap neutral i 50. Sasaran penurunan pertama pada tahap 111.60 kini sudah berada di depan mata.
Cadangan perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 111.60. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 111.20. Titik pangsi kekal berada pada tahap 112.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 113.20 dan sasaran kedua pada tahap 113.45.
Tahap rintangan: 113.20, 113.45, 113.80
Tahap Sokongan: 111.60, 111.20, 110.85
