Gambaran makro global untuk 04/04/2016:
Data daripada pasaran pekerjaan AS telah mengejutkan peserta pasaran kerana ia ternyata mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan. Non-Farm Employment Change direkodkan pada tahap 215k berbanding ramalan yang mengunjurkan sebanyak 205K. Purata pendapatan setiap jam Amerika Syarikat meningkat kepada 0.3% daripada 0.2% pada bulan yang lalu. Sedikit kekecewaan berlaku apabila kadar pengangguran mencatatkan sedikit kenaikkan kepada 5.% daripada 4.9% pada bulan yang lalu, didorong oleh sebilangan besar orang yang mencari kerja. Pada bulan Januari, kadar pengangguran menurun di bawah 5% buat kali pertama sejak 2008 dan kekal pada tahap tersebut untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini. Kesimpulannya, ia adalah satu laporan yang sangat kukuh, penuh dengan data yang positif bahawa pegawai-pegawai Fed pasti akan mengambil kira dalam mesyuarat akan datang.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD pada carta 4H. Aliran kenaikkan harga kelihatan seolah-olah masih mendominasi pasaran setelah ia membuat satu lagi tahap tinggi yang lebih tinggi. Tidak ada isyarat yang jelas menunjukkan pendedahan aliran menaik pada tempoh masa ini. Walau bagaimanapun, jika tahap rendah NFP pada 1.1340 ditembusi dan tidak diikuti dengan pembelian semula serta-merta, maka aliran penurunan harga berkemungkinan akan menolak harga yang lebih rendah ke arah sokongan seterusnya pada tahap 1.1220.

