
Ringkasan gelombang:
Pasangan mata wang ini akhirnya kelihatan seperti sedang memulakan pecutan. Untuk dagangan jangka pendek, kami menjangkakan bahawa sokongan kecil pada tahap 1.6682 akan dapat melindungi aliran penurunan harga bagi membolehkan harga melanjutkan kenaikkan ke tahap yang lebih tinggi sehingga mencapai tahap rintangan kecil pada 1.6874 dan di atas tahap iini, ia akan mengesahkan bahawa kesinambungan aliran menaik yang lebih tinggi ke tahap 1.7220 kini sedang dalam perjalanan ke arah sasaran jangka panjang kami yang terletak pada tahap 1.8550.
Jika sokongan kecil pada tahap 1.6682 ini berjaya ditembusi, maka sokongan sandaran dilihat terletak hanya di bawah tahap 1.6624.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli daripada tahap 1.6250 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi ke tahap 1.6600. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 1.6682 dengan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 1.6600.
