
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang NZD/USD jatuh mendadak daripada tahap 0.6845 ke arah 0.6770. Sekarang, harga yang telah ditetapkan pada tahap 0.6770 akan bertindak sebagai titik pangsi harian. Perlu diingatkan bahawa turun naik adalah sangat tinggi untuk pasangan mata wang NZD/USD sebagaimana ia berkemungkinan akan bergerak di antara tahap 0.6845 dan 0.6723 dalam tempoh beberapa jam akan datang.
- Tambahan pula, harga telah ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 0.6852 dan 0.6816, yang bertepatan dengan tahap Penarikan semula Fibonacci 61.8% dan 50%, masing-masing.
- Selain itu, harga kini sedang berada di dalam saluran penurunan harga.
- Oleh itu, tahap harga pada 0.6852 dan 0.6816 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh itu, pasangan mata wang NZD/USD ini berkemungkinan akan mempunyai momentum penruunan harga yang agak meyakinkan dan struktur menurun tidak kelihatan seperti pembetulan harga. Dalam usaha untuk menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.6816, para pedagang disyorkan untuk membuka tawaran menjual di bawah tahap 0.6816 atau 0.6780 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6723.
- Sekiranya aliran harga ini mampu menembusi sokongan pertama pada tahap 0.6723, maka pasaran akan terus jatuh ke arah tahap 0.6667 bagi menguji 'double bottom'.
