logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 06 April, 2016

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 06 April, 2016

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 06 April, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah sebagaimana pasangan mata wang kini dilihat sedang berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang ini kekal di bawah tahap rintangan 157.15 dan telah dihadkan oleh purata pergerakkan penurunan harga 50. Indeks kekuatan relatif kekal di bawah tahap neutral 50% dan tidak mempunyai momentum menaik. Sasaran pertama ke arah bawah ditetapkan pada sokongan mendatar dan bertindih pada tahap 155.35. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan pergerakka yang lebih rendah ke tahap 154.55.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 155.35. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 154.55. Titik pangsi kekal berada pada tahap 157.15. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 158.35 dan sasaran kedua pada tahap 158.90.

Tahap Rintangan: 158.35, 158.90, 159.55

Tahap Sokongan: 155.35, 154.55, 154

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan