logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 06 April, 2016

Analisis Teknikal Emas untuk 06 April, 2016

Aliran menaik emas dilihat telah cuba untuk menolak harga lebih tinggi semalam, walau bagaimanapun harga masih kekal di dalam saluran penurunan harga dan kesan yang paling berkemungkinan kekal sebagai pergerakkan harga ke arah tahap $ 1,190 sebelum penarikan semula harga yang ketara berlaku.

Analisis Teknikal Emas untuk 06 April, 2016

Garis biru - saluran penurunan harga

Kawasan biru - sokongan

Kawasan kuning - rintangan

Emas telah ditolak oleh rintangan 4 jam Kumo (cloud) dan beralih lebih rendah awal hari ini. Harga masih didagangkan di bawah cloud dan di dalam saluran condong penurunan harga. Arah aliran ini masih menurun. Sokongan terletak pada tahap $ 1,215 dan rintangan pada tahap $ 1232 untuk dagangan jangka pendek.

Analisis Teknikal Emas untuk 06 April, 2016

Carta mingguan terus menunjukkan bahawa terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk keseluruhan aliran menaik berakhir, tetapi melainkan jika harga berjaya menembusi di bawah sempadan cloud lebih tinggi. Selagi harga kekal berada di atas Kumo, kita masih dapat melihat pembentukkan tahap tinggi baru yang lebih tinggi. Gambaran jangka panjang kekal menaik tetapi saya lebih gemar untuk mengambil pesanan membeli di bawah $ 1,170.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan