logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 April, 2016

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 April, 2016

EUR/USD: Sebagaimana pasangan mata wang EUR/USD ini telah menguji garis rintangan 1.1400, harga telah mengahadapi kesukaran untuk berdagang di atas garis tersebut. Aliran menaik masih meneruskan percubaan untuk menembusi garis pertahanan (suatu tindakan yang bermula minggu lalu). Melihat dengan lebih dekat ke dalam pasaran, terutamanya pada carta 4-jam, menunjukkan bahawa aliran menaik telah hampir mencapai garis rintangan menaik. Ia akhirnya akan menolak harga ke arah garis rintangan lain pada tahap 1.1450. Terdapat juga beberapa laporan ekonomi penting yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Laporan-laporan ekonomi ini diramal akan memberi kesan ke atas pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 April, 2016

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini telah mengukuh ke arah bawah setakat minggu ini. Tahap sokongan yang terletak pada 0.9550 telah diuji dan ia tidak lama lagi akan ditembusi ke arah bawah. Ini adalah kerana prospek di dalam pasaran adalah menurun untuk minggu ini: selagi pasangan mata wang EUR/USD terus menunjukkan lonjakan, maka pasangan mata wang USD/CHF ini akan kekal di bawah tekanan menurun.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 April, 2016

GBP/USD: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menurun pada Rabu, ditambah dengan ketidaktentuan pasaran. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di dalam pasaran, dan akibat daripada itu, adalah diramalkan bahawa pergerakan penurunan harga akan dilanjutkan ke tahap yang lebih rendah. Ini kerana EMA 11 berada di bawah EMA 56, manakala tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 April, 2016

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY kelihatan telah menguji tahap permintaan pada 109.50. Sejak 29 Mac 2016 yang lalu, harga telah turun sebanyak 420 pips. Penurunan 220 pips telah disaksikan minggu ini. Disebabkan tekanan jualan yang berterusan dalam pasaran, aliran menurun kini menyasarkan ke tahap permintaan pada 109.00 dan 108.50, yang akan diuji pada hari ini atau esok.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 April, 2016

EUR/JPY: Menurut kepada isyarat penurunan harga yang berterusan dalam pasaran ini, harga telah jatuh sebanyak 220 pips. Terdapat banyak aktiviti perdagangan di sekitar zon permintaan pada tahap 125.00; dan adalah diramalkan bahawa harga akan berdagang di bawah tahap permintaan sebagaimana aliran menurun kini sedang mensasarkan ke tahap permintaan seterusnya pada 124.50

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 April, 2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan