
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan pada julat harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini dilihat kekal pada aliran menaik setelah membuat lantunan semula harga semalam daripada tahap rendah 0.6800. Kecenderungan kenaikan harga dikekalkan oleh kenaikkan purata pergerakkan tempoh 20. Pada masa yang sama, indeks kekuatan relatif kini sedang menghampiri tahap terlebih beli 70 mendorong kepada kesinambungan aliran menaik. Selagi lantunan semula harga berterusan, pasangan mata wang ini perlu kembali ke tahap sasaran menaik pertama pada 0.6885.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6885 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.6925. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6770 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6745. Titik pangsi terletak pada tahap 0.68.
Tahap Rintangan: 0.6885, 0.6925, 0.6965
Tahap Sokongan: 0.6770, 0.6745, 0.6675
