Gambaran makro global untuk 07/04/2016:
Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda mengulangi kesediaan bank pusat untuk mengambil langkah-langkah pelonggaran monetari tambahan jika perlu untuk mencapai matlamat inflasi 2%. Komen beliau dikeluarkan lebih daripada dua bulan selepas bank pusat menggenakan strategi kadar faedah yang negatif. Kuroda berkata, BoJ akan mengambil langkah-langkah pelonggaran tambahan dalam bentuk kuantiti, kualiti untuk pembelian aset, atau kadar faedah jika diperlukan. Kesimpulannya, retorik yang sama mungkin mencadangkan campur tangan BoJ dalam pasaran kewangan sekali lagi sebagaimana sasaran inflasi 2% adalah jauh dari jangkauan sekarang.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang USD/JPY pada cata harian. Kita dapat melihat dengan jelas penembusan penurunan harga dari pembentukan segi tiga, seperti yang dijangkakan. Aliran menurun telah menembusi di bawah sokongan utama yang terletak pada tahap 110.08 dan sokongan seterusnya dilihat pada tahap 105.15. Aliran penurunan harga mendominasi penuh pasaran mata wang ini.

