
Pergerakan menurun diramal akan berterusan pada pasangan mata wang NZD/USD. Pasangan mata wang ini jelas diterbalikkan ke arah bawah, dan kini dihadkan oleh penurunan purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 pada asas urusniaga harian. Indeks kekuatan relati kini dilihat bercampur-campur kepada aliran penurunan harga di bawah kawasan neutral pada 50. Sementara itu, rintangan utama yang terletak pada tahap 0.69 perlu mengekalkan tekanan jualan yang kukuh pada harga. Dalam kes ini, selagi tahap harga 0.69 kekal mengukuh pada aliran menaik, maka perhatikan kesinambungan aliran penurunan harga baru ke tahap 0.6820 dan 0.6790..
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6820. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6790. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.69. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6920 dan sasaran kedua pada tahap 0.6950.
Tahap Rintangan: 0.6920, 0.6950, 0.6975
Tahap Sokongan: 0.6820, 0.6790, 0.6735
