
Pasangan mata wang NZD/USD kini sedang berdagang di bawah tekanan di bawah tahap 0.6920. Secara teknikalnya, pergerakkan bagi pasangan mata wang ini masih dihadkan oleh kejatuhan purata pergerakkan tempoh 50 dan harga berkemungkinan akan mencatatkan tahap rendah baru. Indeks kekuatan relatif adalah di bawah tahap neutral 50 dan tidak mempunyai momentum menaik. Selain itu, sokongan utama sebelumnya yang terletak pada tahap 0.6920 kini bertindak sebagai tahap rintangan di mana ia perlu mengekalkan tekanan jualan yang kukuh. Oleh itu, selagi harga tidak menembusi pada tahap 0.6920 untuk aliran menaik, maka para pedagang disarankan untuk memerhatikan pergerakkan penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap 0.6840 dan 0.6820 dalam lanjutan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6840. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6820. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6920. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6950 dan sasaran kedua pada tahap 0.6975.
Tahap Rintangan: 0.6950, 0.6975, 0.7015
Tahap Sokongan: 0.6840, 0.6820, 0.6790
