
Ringkasan gelombang:
Harga masih mencari sokongan yang terletak pada tahap 1.6229 akan dapat melindungi aliran penurunan harga sekaligus membolehkan harga menembusi dengan jelas di atas tahap 1.6492 yang seterusnya akan memanggil kepada kesinambungan kenaikkan harga yang lebih tinggi ke arah tahap 1.6830 dan lebih tinggi.
Hanya penembusan harga yang tidak dijangka di bawah tahap 1.6229 dan yang lebih penting, penembusan harga di bawah tahap sokongan 1.6086 akan memaksa kami untuk membuat pengiraan semula aliran kenaikkan harga daripada tahap rendah 1.5784.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 1.6325 dengan Stop loss diletakkan pada tahap 1.6225. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.6492 dengan menetapkan kedudukan Stop loss pada tahap yang sama, tetapi mengharapkan harga akan bergerak lebih tinggi tidak lama lagi.
