logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 18 April, 2016

Analisis Teknikal Emas untuk 18 April, 2016

Emas terus diniagakan tidak berubah dalam pembentukkan segi tiga. Aliran harga adalah neutral kerana harga masih terperangkap di dalam julat dagangan di antara tahap $ 1,260 dan $ 1,215.

Analisis Teknikal Emas untuk 18 April, 2016

Garis hitam - segi tiga

Emas kini berada di dalam carta 4-jam Kumo (cloud) sebagaimana aliran menaik sedang cuba untuk menyokong harga. Sokongan jangka pendek kini terletak pada tahap $ 1,223 dan seterusnya pada tahap $ 1,215. Sementara rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 1,245 dan seterusnya pada tahap $ 1,260. Pada masa ini, saya memilih untuk menjadi neutral kerana harga berkemungkinan akan bergerak pada mana-mana arah daripada tahap harga semasa.

Analisis Teknikal Emas untuk 18 April, 2016

Berdasarkan kepada carta mingguan, harga dilihat telah mula memberikan beberapa isyarat pembalikan menurun. Harga ditutup minggu lalu di bawah indikator Tenkan-sen (garis merah). Isyarat penurunan harga kedua menyatakan bahawa oscilator stokastik kini telah beralih lebih rendah daripada tahap terlebih beli selepas perbezaan penurunan harga di mana stokastik tidak membuat tahap tinggi baru sebagaimana tindakan harga. Saya terus menjangkakan emas akan bergerak sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 1,190 sebagai senario yang paling mungkin.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan