
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam aliran menaik sebagaimana kecenderungan dagangan kekal pada kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini kekal pada aliran menaik dan disokong oleh kenaikan purata pergerakan tempoh 50. Sementara itu, indeks kekuatan relatif kekal di atas 50. Kesinambungan keanikkan harga diramalkan dengan rintangan mendatar seterusnya dan pertindihan harga ditetapkan pada tahap 155.55 pada mulanya. Penembusan harga di atas tahap ini akan mendorong harga untuk melanjutkan aliran menaik menuju ke arah 157.15 dalam lanjutan.
Cadangan Perdagangan: Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 157.15 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 157.80. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 154.75 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 154.05. Titik pangsi terletak pada tahap 155.55.
Tahap Rintangan: 157.15, 157.80, 158.60
Tahap Sokongan: 154.75, 154.05, 153.40
