Emas sedang cuba untuk menembusi di atas sempadan segitiga lebih tinggi dan ia kelihatan seolah-olah harga akan berjaya melakukannya pada hari ini. Harga kini sedang membuat pembentukan kenaikan harga yang berpotensi untuk membawa emas berdagang ke arah tahap $ 1,300 tidak lama lagi. Aliran kenaikkan harga tidak mahu melihat penembusan harga di bawah tahap $ 1,240.

Garis hitam - segitiga
Emas kini sedang didagangkan di atas Kumo pada carta 4-jam dan dilihat sedang hampir untuk menembusi di atas corak segi tiga. Ini adalah merupakan isyarat kenaikan harga. sokongan jangka pendek terletak pada tahap $ 1,240 dan ia adalah sangat penting untuk senario kenaikan harga ke arah tahap $ 1,300. Rintangan terletak pada tahap $ 1,260-65.

Berdasarkan kepada carta harian, harga kini disokong oleh Kumo harian dan sedang bersedia untuk membentuk corak tahap tinggi yang lebih tinggi jangka pendek bari selepas membuat corak harga rendah yang lebih tinggi pada tahap $ 1,243. Emas berkemungkinan akan ditolak ke arah tahap $ 1,300 tidak lama lagi tetapi mana-mana penembusan harga di bawah tahap $ 1,240 akan membatalkan senario ini.
