
Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY diterbalikkan dengan mendadak daripada tahap 125.00 semalam. Pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan pada tahap 123.70 pada masa sekarang, mencari peluang untuk menghasilkan lonjakan menaik urusniaga harian. Sila ambil perhatian bahawa kenaikkan harga perlu kekal dihadkan di bawah tahap 124.30/50. Struktur gelombang mendedahkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY ini sedang berada dalam aliran kaunter menaik, yang berkemungkinan akan dilanjutkan melalui tahap 125.75. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan perhatikan peluang untuk mengambil tawaran membeli di sekitar tahap 122.50/60, dengan risiko terletak pada tahap 121.50. Rintangan serta-merta dilihat berada pada tahap 125.00, manakala sokongan pada tahap 122.50/60.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar buat masa ini, dan perhatikan peluang untuk mengambil pesanan membeli pada tahap 122.50.
