Gambaran makro Global untuk 25/02/2016:
Minggu ini akan menjadi minggu yang sibuk bagi semua bank-bank pusat dan banyak data fundamental dari Fed dan BoJ yang dijadualkan akan diumumkan pada minggu ini. Selain itu, laporan KDNK suku pertama dari UK dan Amerika Syarikat, bersama-sama dengan data inflasi dari zon euro dan Amerika Syarikat juga bersedia untuk dikeluarkan pada minggu ini. Peristiwa yang dinanti-nantikan adalah mesyuarat dasar dan keputusan kadar faedah (pada hari Khamis) BoJ, kerana BoJ dijangka mengumumkan langkah rangsangan baru. Fed pengumuman pada hari Rabu merupakan perstiwa yang perlu diperhatikan, terutamanya kerana kenaikan kadar yang tidak dijangka mungkin menyebabkan persekitaran turun naik yang tinggi dalam pasaran kewangan. Kesimpulannya,pada minggu ini pedagang perlu mengekalkan kedudukan, oelh itu mereka perlu berhati-hati apabila menguruskan wang.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal USD/JPY mengenai tempoh masa 4H menjelang mesyuarat BoJ. Pasaran telah berjaya keluar di atas rintangan teknikal di tahap 110.62 dan kini didagangkan di atas Fibo 61% pada tahap 111.45. kenaikan harga berada dalam kawalan ke atas pasaran, tetapi garis arah aliran hijau belum diuji lagi, oleh itu mungkin akan menyerang pada bila-bila masa sekarang.

