
Ringkasan Gelombang:
Tiada perubahan pada gambaran dagangan di sini.
Kami terus mencari kesinambungan harga yang lebih tinggi ke arah tahap 127.77 sebagai sasaran kenaikkan pertama bagi gelombang merah iii. Sokongan jangka pendek dilihat terletak pada tahap 124.81, walau bagaimanapun kita masih perlu membenarkan pembetulan harga yang lebih kompleks berlaku kerana ia berpotensi untuk menggerakkan harga ke tahap rendah 124.27 sebelum harga menembusi di atas tahap 125.54 sekaligus mengesahkan kesinambungan kenaikkan harga ke tahap 127.77 dan mungkin juga ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 124.40 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 124.05. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 124.27 dengan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 124.05.
