Gambaran makro global bagi 10/05/2016:
Data yang baik daripada Jerman berkenaan dengan pesanan kilang dikeluarkan semalam.Peserta pasaran menjangkakan kenaikkan margin daripada bulan lepas -0.8% kepada 0.7%,tetapi angka tersebut menjangkaui jangkaan sebagai ianya meningkat kepada tahap 1.9%.Menurut kepada Pejabat Statistik Persekutuan, kenaikkan terbesar didalam pesanan perkilangan dilakukan oleh pesanan luar daripada zon eropah (6.2%),sementara permintaan negara-negara EU meningkat 1.1%.Pesanan domestik menurun sebanyak 1.2%,tetapi untuk keseluruhan suku pertama, pesanan industri meningkat 0.5% dengan tempahan daripada negara luar meningkat sebanyak 2.0%.Kesimpulannya, data ini mungkin mencadangkan bahawa selepas permulaan yang kuat bagi tahun ini, ekonomi nombor satu Eropah mungkin dilanjutkan untuk terus baik dalam suku kedua.
Mari kita lihat pada gambaran teknikal hadapan Dax30 Jerman didalam rangka masa harian.Kita boleh melihat beberapa siri tahap rendah dan tahap rendah yang tinggi yang mungkin menjadi petanda pertama bahawa penurunan terkawal pada pasaran ini.Selain itu,harga sedang didagangkan bawah 200,tetapi atas tempoh 100 dan 50 moving average,yang menunjukkan kekeliruan disini.Namun,tahap tama ke arah atas kelhatan seperti rintangan teknikal pada tahap 10485,berada bawah garisan aliran emas jangka masa panjang.Sebaliknya,penurunan perlu menembusi sokongan teknikal pada tahap 9481 dan 9326 sebelum garisan aliran emas ditembusi jika ianya ingin mengesahkan kawalan terhadap pasaran ini.

