logo

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 11/05/2016

Gambaran makro global untuk 11/05/2016

Gambaran makro global untuk 11/05/2016:

Reserve Bank of New Zealand telah mengeluarkan Kajian Kestabilan Kewangan semalam dan ia memberikan amaran bahawa risiko pada sistem kewangan New Zealand telah meningkat dalam tempoh enam bulan yang lalu. Faktor-faktor utama yang mendorong kepada situasi ini adalah pertumbuhan global yang perlahan, harga susu yang rendah dan kenaikan harga rumah. Selain itu, Gabenor Bank, Graeme Wheeler berkata dalam ucapannya, prospek ekonomi global telah "merosot" dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Meskipun kadar faedah adalah lebih rendah dan penurunan harga minyak, namun ia tidak cukup untuk mengatasi kelembapan ekonomi beberapa rakan dagangan New Zealand. Kesimpulannya, kajian ini agak pesimis mengenai masa hadapan ekonomi global dan dalaman, oleh yang demikian ia telah menambahkan lagi tekanan kepada RBNZ untuk mengurangkan lagi kadar faedah bagi tujuan merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh enam bulan yang akan datang.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang NZD/USD pada carta harian. Baru-baru ini, aliran penurunan harga dilihat telah berjaya menembusi di bawah garis aliran emas dan ujian harga daripada bahagian atas sedang berlaku. Walau bagaimanapun, graflilin hammer harian berkemungkinan akan membawa harga berdagang ke arah tahap 0.6900 jika aliran menaik ini berjaya menutup graflilin harian di atas rintangan pada tahap 0.6806.

Gambaran makro global untuk 11/05/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan