
Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang GBP/CHF kini dilihat akan didagangkan pada tahap 1.4040, selepas menghadapi rintangan pada tahap 1.4100 dalam dagangan awal hari ini. Pasangan mata wang ini kelihatan seolah-olah akan meneruskan aliran menurun seperti yang diharapkan dan dibincangkan sebelum ini. Struktur carta gelombang harian mendedahkan (tidak ditunjukkan di sini) bahawa pasangan mata wang ini telah melengkapkan gelombang 4 pada tahap 1.4200/20 sebelum ini, oleh itu, penurunan harga kini dijangka kekal mendominasi pasaran sehingga harga kekal di dagangkan di bawah 1.4220. Ia adalah disyorkan untuk kekal menjual dan perhatikan peluang untuk menambah lagi pesanan dengan risiko ditetapkan pada tahap 1.4250. Rintangan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.4100 buat masa sekarang, manakala sokongan berada pada tahap 1.3800 (pertengahan).
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual buat masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.4250, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
