logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 Mei, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 Mei, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 Mei, 2016

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga di atas tahap 0.6790. Pasangan mata wang ini kekal pada aliran menaik, disokong oleh kenaikan pada purata pergerakan tempoh 50, yang kini bertindak sebagai tahap sokongan, dan perlu mengekalkan kecenderungan positif. Walaupun kesinambungan pergerakkan harga daripada pengukuhan ini tidak berlaku pada tahap harga semasa, namum ia harus dihadkan. Oleh itu, selagi harga tidak menembusi pada tahap 0.6790, perhatikan pergerakkan menaik yang seterusnya ke tahap 0.6860 dan 0.6890 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6860 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.6890. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6765 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6740. Titik pangsi terletak pada tahap 0.6790.

Tahap Rintangan: 0.6860, 0.6890, 0.6920

Tahap Sokongan: 0.6765, 0.6740, 0.67

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan