logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 16 Mei, 2016

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 16 Mei, 2016

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD didagangkan dalam aliran menurun pada minggu lalu - sebuah gerakan yang telah menjana isyarat penurunan harga di dalam carta 4-jam. Seperti yang telah dinyatakan minggu lalu, tinjauan pada pasangan mata wang ini adalah pergerakan menurun dan kesinambungan penurunan harga adalah diramalkan pada minggu ini, yang berpotensi untuk mendorong harga pergi ke arah garis sokongan pada tahap 1.1250 dan 1.1200.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 16 Mei, 2016

USD/CHF: Kecenderungan jangka masa pendek pada pasangan ini adalah menaik, kerana harga dilihat telah pergi ke arah yang bertentangan dengan pasangan mata wang EUR/USD. Minggu ini, kesinambungan aliran kenaikan harga adalah dijangka kerana prospek pada USD adalah cerah untuk minggu ini. Oleh itu, kita akan dapat melihat kesan ke atas pasangan mata wang seperti AUDUSD, NZD/USD, dan lain-lain(sudah tentu, USD / CHF akan menaik).

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 16 Mei, 2016

GBP/USD: Pasangan mata wang ini dilihat hanya bergerak mendatar hampir sepanjang minggu lalu, mengekalkan sedikit penurunan yang telah disaksikan pada hari Jumaat. Melihat dengan lebih dekat, pasaran mendedahkan bahawa aliran penurunan harga mempunyai beberapa bentuk penguasaan ke atas aliran menaik. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50. Untuk menghadapi stamina yang dijangka pada mata wang USD, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan menguji wilayah pengumpulan yang masing-masing terletak pada tahap 1.4300, 1.4250 dan 1.4200 pada minggu ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 16 Mei, 2016

USD/JPY: Kecenderungan pada pasangan mata wang USD/JPY ini adalah menaik, walaupun ini adalah sesuatu yang tidak menentu. Melainkan jika harga berdagang di atas tahap bekalan 110.00, kecenderungan kenaikan harga akan kekal melemah. Sebaliknya, sebuah pergerakan di bawah tahap permintaan 107.50 akan menandakan nafas baru untuk prospek penurunan harga. Minggu ini akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 16 Mei, 2016

EUR/JPY: Di sini, keuntungan kenaikan harga yang direalisasikan dalam beberapa hari pertama pada minggu lepas telah dilucuthakkan pada beberapa hari terakhir minggu yang sama. Kini, tiada kecenderungan dominan diperhatikan di dalam pasaran, dan petunjuk bahkan memberi isyarat adalah bercampur-campur. Ia adalah lebih baik untuk menunggu untuk pergerakan harga yang lebih jelas sebelum mengambil sebarang posisi. Keadaan sekeliling Yen yang akan menentukan aktiviti padap asangan mata wang EUR/JPY dalam minggu ini (dan juga pada pasangan JPY yang lain).

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 16 Mei, 2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan