Gambaran makro global untuk 16/05/2016:
Data jualan runcit AS Jumaat lalu telah mengatasi jangkaan pasaran. Peserta pasaran menjangkakan bacaan negatif -0.3%, sama seperti bulan sebelum ini. Walau bagaimanapun, jualan runcit meningkat 1.3% pada bulan lalu, peningkatan terbesar sejak Mac 2015. Selain itu, data mengenai Teras Jualan Runcit (jualan runcit tanpa kereta, petrol, bahan binaan, dan perkhidmatan makanan) juga menokok 0.9% pada bulan lepas. Ia adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran yang mengunjurkan kenaikkan 0.6% dan lebih baik berbanding bacaan bulan lalu yang merekodkan 0.4% kenaikan sebelum ini. Kesimpulannya, jika pengguna boleh bersaing jualan yang lebih kukuh bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi pada bulan-bulan akan datang, ia boleh mempengaruhi keputusan Fed mengenai tarikh kenaikan penanda aras kadar faedah. Untuk hari ini, mengikut harga niaga hadapan Fed Fund, kebarangkalian kenaikan pada mesyuarat Jun kurang daripada 4%.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal bagi pasangan mata wang EUR/USD pada carta 4H. Pada masa ini, pasaran sedang di dagangkan di atas tahap sokongan teknikal utama 1.1271, tetapi yang paling penting, pada tahap 1.1215, masih belum diuji (atau ditembusi). Aliran menaik masih mendominasi ke atas pasaran ini untuk dagangan jangka sederhana, walau bagaimanapun harga perlu menembusi lebih tinggi di atas tahap 1.1357 dan 1.1478 untuk membuktikan penguasaan mereka dalam pasaran ini.

