logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 17 Mei, 2016

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 17 Mei, 2016

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 17 Mei, 2016

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mencatatkan beberapa keuntungan yang seterusnya. Pasangan mata wang ini mengukuh di atas sokongan paling hampir yang terletak pada tahap 0.9740, dan harga kelihatan seolah-olah akan membuat kenaikkan baru. Adalah diramalkan bahawa harga akan menguji rintangan seterusnya pada tahap 0.9795 semasa sesi dagangan akan datang, sebagaimana kenaikan pada purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 telah memainkan peranan dengan baik sebagai sokongan, dan ia harus terus menolak harga untuk didagangkan lebih tinggi. Selain itu, indeks kekuatan relatif kini semakin menaik di atas kawasan neutral 50. Oleh itu, selagi tahap harga 0.9740 mengukuh ke arah atas, maka perhatikan kesinambungan kenaikkan harga ke tahap 0.9850 dan 0.9890 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9850 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9890. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.97 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9660. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9740.

Tahap Rintangan: 0.9850, 0.9890, 0.9935

Tahap Sokongan: 0.97, 0.9660, 0.9625

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan