
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dan harga kemudianya telah meningkat. Semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah gagal untuk menembusi di atas rintangan paling hampir pada tahap 0.6845 dan kini sedang membuat beberapa pengukuhan. Walaupun kesinambungan pergerakkan harga daripada pengukuhan ini gagal untuk dilaksanakan pada tahap semasa, maka pergerakkan harga harus dihadkan oleh tahap 0.6760, yang bertindak sebagai sokongan kuat dan dijangka akan menghadkan mana-mana cubaan penurunan harga. Dalam kes ini, di atas tahap 0.6760, perhatikan kenaikkan baru ke arah tahap 0.6815 dan 0.6840 selepas berhenti seketika.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6815 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.6840. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6730 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6700. Titik pangsi terletak pada tahap 0.6760.
Tahap Rintangan: 0.6815, 0.6850, 0.6890
Tahap Sokongan: 0.6730, 0.6700, 0.6665
