
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi sebagaimana pasangan mata wang ini kekal mengukuh di atas sokongan mendatar pada tahap 0.9805 dan harga diramalkan akan mencabar rintangan paling hampir yang terletak pada tahap 0.9890. Selain itu, harga kini dilihat sedang di dagangkan di atas purata pergerakkan tempoh 20 dan 50, yang bertindak sebagai tahap sokongan. Sementara itu, indeks kekuatan relatif adalah menaik di atas tahap neutral 50, dan mendorong kepada kesinambungan kenaikkan harga yang selanjutnya. Dalam kes ini, jika harga bergerak di atas tahap 0.9805, maka harga berkemungkinan akan bergerak menuju ke arah tahap 0.9920 dan 0.9945 dalam lanjutan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9920 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9945. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9775 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9750. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9805.
Tahap Rintangan: 0.9920, 0.9945, 0.9985
Tahap Sokongan: 0.9775, 0.9750, 0.97
