Indeks Dollar telah mencapai sasaran yang terletak pada tahap 95.20 dan aliran menaik harga kini telah dihentikan buat sementara. Selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan semalam, kami mengharapkan kenaikan pada kadar AS bagi bulan Jun akan menolak mata wang Dolar untuk berdagang lebih tinggi.

Harga kini dilihat sedang berdagang di atas Kumo dengan penembusan Kijun-sen pada baru-baru ini (indikator kuning) oleh Tenkan-sen (indikator garis merah), kami mempunyai pengesahan isyarat menaik sebagaimana harga terus membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Sokongan didapati terletak pada tahap 94.90-94.75. Jika berjaya ditembusi, maka cloud akan diuji.

