Indeks Dollar kekal mengukuh pada tahap tinggi tanpa sebarang penarikan semula harga yang ketara atau kesinambungan pergerakkan harga. Saya percaya bahawa senario jangka pendek tidak lama lagi akan disahkan dan penarikan semula harga akan dilihat menuju ke arah tahap 94.

Garis Biru - saluran kenaikan harga
Indeks Dollar kekal didagangkan di dalam saluran kenaikan harga di atas Ichimoku Cloud. Harga kini dilihat sedang menguji sempadan saluran harga yang lebih rendah. Manakala Stokastik kini sedang mencapah. Saya percaya bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk mengambil keuntungan semasa kenaikan harga dolar atau meningkatkan kedudukan Stop loss ke tahap yang lebih tinggi.

Carta mingguan masih mengukuh bagaimanapun penarikan semula harga jangka pendek adalah wajar. Gambaran dagangan untuk jangka panjang kekal positif untuk aliran menaik Dolar selepas ia melantun dari 38% Fibo. Penembusan harga di atas Kumo akan mendorong senario tahap tinggi baru ke arah tahap 105-110.
