
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Pasangan mata wang ini kekal didagangkan di bawah rintangan utama pada tahap 0.9925 dan diramalkan tindakan harga akan menjadi tidak menentu dengan kecenderungan penurunan harga. Sementara itu, indeks kekuatan relatif masih di bawah tahap neutral 50, dan bercampur-campur ke arah bawah. Akhir sekali, purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 kini dilihat sedang menuju ke arah bawah. Oleh yang demikian, sasaran pertama ke arah bawah ditetapkan pada tahap 0.9860. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk melanjutkan penurunanan harga ke arah sokongan mendatar pada tahap 0.9830.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9860. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9830. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9940. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9960 dan sasaran kedua pada tahap 0.9980.
Tahap Rintangan: 0.9960, 0.9980, 1.0010
Tahap Sokongan:0.9860, 0.9805, 0.9775
