
Gambaran Keseluruhan:
Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat masih bergerak di antara tahap 0.6773 dan 0.6850. Secara keseluruhanya, kami masih memilih senario kenaikkan harga selagi harga didagangkan di atas tahap 0.6773. Pada masa ini, harga bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa pasangan mata wang ini masih dalam pasaran kenaikan harga. Harga masih di atas purata pergerakkan (100). Sementara itu, jika pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi bahagian atas pada tahap 0.6820, maka pasaran diramalkan akan terus meningkat ke tahap 0.6893. Sebaliknya, jika harga menutup di bawah sokongan kuat pada tahap 1.4349, lokasi yang terbaik untuk menetapkan kedudukan stop loss dilihat di bawah tahap 0.6773, dengan itu, harga akan jatuh ke dalam aliran menurun untuk pergi lebih jauh ke arah sokongan kukuh pada tahap 0.6730 untuk menguji sekali lagi. Tahap 0.6730 akan membentuk sokongan yang kuat pada carta 1H. Selain itu, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap 0.6730, maka pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.6730. Oleh yang demikian, pasaran diramal akan jatuh ke tahap 1.6674 untuk berdagang kembali ke kawasan 'double bottom'.
