logo

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 10/6/2016

Gambaran makro global untuk 10/6/2016

Gambaran makro global untuk 10/6/2016:

Data pasaran kerja Amerika Syarikat telah mengejutkan peserta pasaran sekali lagi sebagaimana tuntutan pengangguran mencatatkan angka yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Menurut Jabatan Buruh AS, tuntutan pengangguran awal jatuh ke tahap 264k kurang 5,000 daripada bacaan unjuran yang menjangkakan sebanyak 269K untuk minggu lepas. Selain itu, tuntutan juga terus menurun dan ke tahap 2095K berbanding 2172K minggu lalu. Angka tuntutan ini menghampiri bacaan tahap rendah 16 tahun dan ia jelas menunjuk kepada pengukuhan pasaran buruh AS meskipun data NFP yang melemah telah dikeluarkan pada Jumaat lepas. Kesimpulannya, walaupun pada hakikatnya dalam laporan berasingan, Jabatan Buruh Amerika Syarikat mendedahkan bahawa Mei adalah bulan yang paling teruk untuk pengambilan pekerja bagi tempoh hampir enam tahun, semakan semula NFP terakhir yang dinanti-nantikan bulan hadapan, oleh itu keadaan pasaran kerja semasa mungkin akan menjadi lebih baik. Pengubal dasar Fed menunggu data NFP yang seterusnya.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal indeks dolar AS dalam jangka masa 4H. Selepas corak tahap harga tingi yang lebih tinggi dibuat pada tahap 95.98, pasaran menurun hanya di bawah tempoh purata pergerakkan 50 dan aliran menaik kini dilihat sedang untuk mendominasi semula pasaran ini. Lantunan harga daripada Fibo 61% pada tahap 93.42 kelihatan agak kuat buat masa ini, walau bagaimanapun aliran kenaikkan harga masih perlu bergerak lebih tinggi bagi membolehkan ia menembusi di atas tahap 95.21 dan kemudianya ke tahap 95.98.

Gambaran makro global untuk 10/6/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan