Indeks Dollar telah memberikan isyarat kenaikkan harga seperti yang berlaku pada awal Mei dengan menghasilkan graflilin kenaikan harga hammer pada carta mingguan. Kita semua masih ingat kenaikkan indeks Dolar daripada tahap 92 ke tahap 96 pada Mei lalu, dan terdapat beberapa petunjuk yang menunjukkan bahawa perkara yang sama ini mungkin berulang dengan tahap tinggi yang lebih tinggi berhampiran pada 98.

Indeks Dollar telah mencapai rintangan jangka pendek utama pertama pada tahap 94.80 dan ia kini menunjukkan isyarat penolakan. Penarikan semula harga pada tahap harga semasa adalah wajar, walau bagaimanapun kenaikkan Indeks Dolar mahu melihat pembetukan tahap harga rendah yang lebih tinggi dan kemudian penembusan harga di atas tahap 94.80. Sokongan jangka pendek terletak pada tahap 94.40 dan pada 94.05. Penolakan harga di bawah tahap ini akan menjadi isyarat yang tidak baik untuk senario kenaikan harga.

