logo

FX.co ★ Gambaran makro global bagi 15/06/2016

Gambaran makro global bagi 15/06/2016

Gambaran makro global bagi 15/06/2016:

Hari ini,data simpanan minyak mentah dikeluarkan pada 04:30 pm GMT, dan peserta pasaran sedang menjangkakan penurunan -3000 tong (-3220 tong sebelumnya).Pada 14 Jun,Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengeluarkan laporan bahawa permintaan untuk minyak mentah pada pasaran global akan meningkat pada 2017 dan mencecah 97.4 juta tong sehari.Selain itu,IEA percaya bahawa permintaan pada 2017 akan bertambah sebanyak 1.3 juta tong sehari,dan peningkatan pengeluarkan akan turut sama.Namun,IEA percaya bahawa Libya dan Nigeria boleh menjadi punca bagi pembetulan didalam ramalan,disepanjang simpanan minyak mentah yang tinggi yang telah pun terkumpul sejak tiga tahun lalu.Pengeluaran minyak Nigeria telah berkurang sebanyak 10% pada Mei,disebabkan serangan militan pada insfrastruktur minyak negara tersebut.Pengeluar Kanada juga telah mengurangkan pengeluaran mereka sebanyak 400,000 tong sehari akibat daripada kebakaran hutan.

Mari kita lihat kepada gambaran teknikal minyak mentah pada carta harian.Sokongan paling penting yang disediakan oleh garisan emas sedang diuji ketika ini,hanya berada disekitar tahap 47.85.Selain itu,tahap tinggi pada tahap 51.65 akan disahkan jika pasaran bergerak bawah sokongan teknikal pada tahap 46.80.

Gambaran makro global bagi 15/06/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan