logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 21 Jun, 2016

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Jun, 2016

Harga emas dilihat telah membuat pembalikan penurunan harga pada minggu lepas sekaligus mengesahkan tahap tinggi jangka pendek. Harga kini telah mencapai ke kawasan sokongan penting pertama pada tahap $ 1,270-75 tetapi saya percaya bahawa harga berkemungkinan akan menurun lebih banyak lagi terutama jika carta harian menutup di bawah $ 1,270.

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Jun, 2016

Garisan mendatar merah - Sokongan

Harga masih didagangkan di atas 4 jam Kumo mengekalkan ramalan untuk aliran menaik kekal sah di atas tahap $ 1,320. Walau bagaimanapun, pembalikan harga dari minggu lepas merupakan petunjuk yang kuat bahawa kita harus mengharapkan lebih banyak penurunan untuk harga menghampiri lebih dekat dengan tahap $ 1,250-45 terutamanya jika tahap sokongan $ 1,270-76 ini berjaya ditembusi.

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Jun, 2016

Emas dilihat mempunyai perbezaan penurunan pada carta mingguan dan ini adalah isyarat amaran untuk kenaikan harga. Ia juga boleh membayangkan bahawa pembetulan beberapa minggu boleh bermula. Sasaran pertama adalah pada kawasan $ 1,245-50 tetapi kita tidak harus menolak penarikan semula pembetulan harga yang lebih besar ke arah Kumo mingguan pada tahap $ 1,180.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan