logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 21 Jun, 2016

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 21 Jun, 2016

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 21 Jun, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang kini dilihat kekal berdagang dalam aliran menaik, disokong oleh kenaikan purata pergerakkan tempoh 20 dan 50, dan harga kini sedang mencabar rintangan paling hampir pada tahap 155.10. Pada masa yang sama, indeks kekuatan relatif adalah menaik di atas kawasan neutral pada tahap 50, dan mendorong kepada kesinambungan kenaikkan harga. Kesimpulanya, selagi harga tidak menembusi pada tahap 151.85, maka kami menjangkakan lantunan baru ke tahap 155.10 dan 156.30 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 155.10 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 156.30. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 150.80 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 149.80. Titik pangsi terletak pada tahap 151.85.

Tahap Rintangan: 155.10, 156.30, 157 Tahap Sokongan: 150.80, 149.80, 148.10

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan