logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 27 Jun, 2016

Analisis Teknikal Emas untuk 27 Jun, 2016

Emas kini dilihat masih mengukuh dalam pergerakkan mendatar seperti yang kita harapkan selepas harga membuat lonjakan ketara selepas pengumuman keputusan referendum UK. Harga dijangka akan kekal berdagang dalam aliran menaik menuju ke arah tahap $ 1,400. Arah aliran harga jangka sederhana kekal positif kerana selagi harga berdagang di atas tahap $ 1,250, ia akan mensasarkan pergerakkan ke tahap $ 1,400 dan yang lebih tinggi.

Analisis Teknikal Emas untuk 27 Jun, 2016

Garis mendatar Hijau - sokongan jangka pendek

Emas kini sedang berdagang di atas sokongan jangka pendek pada tahap $ 1,314 dan di atas Kumo 4 Jam sekaligus mengesahkan aliran menaik bagi kesemua carta masa dagangan. Penembusan harga di bawah tahap $ 1,314 ini akan mengubah aliran jangka pendek untuk menurun dan menolak harga berdagang ke arah tahap $ 1,290 di mana sokongan cloud terletak.

Analisis Teknikal Emas untuk 27 Jun, 2016

Garis hijau - sokongan mingguan

Carta mingguan kekal positif selagi harga berdagang di atas tahap $ 1,250. Tahap harga rendah daripada minggu lalu adalah merupakan tahap harga paling penting bagi aliran dagangan jangka panjang dan jangka sederhana. Peembusan harga di bawah tahap $ 1,250 berkemungkinan akan menolak harga ke arah $ 1,150. Walau bagaimanapun, senario pilihan saya melihat emas akan bergerak ke arah $ 1,400- $ 1,450 tidak lama lagi.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan