
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang NZD/USD telah menghadapi rintangan pada tahap 0.7316, manakala sokongan didapati masing-masing terletak pada tahap 0.7242 dan 0.7181. Titik pangsi terletak pada tahap 0.7242. Tidak kurang pentingnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih bergerak di sekitar tahap utama pada tahap 0.7242-0.7305. Tahap harga 0.7242 mewakili pangsi harian pada carta 4H. Semalam, pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat telah meneruskan pergerakkan menaik daripada tahap 0.7181. Pasangan mata wang ini meningkat ke bahagian atas sekitar tahap 0.7315. Harga semasa dilihat terletak pada tahap 0.7305. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan berdagang di atas titik pangsi harian (0.7242) pada sesi dgaangan yang akan datang. Pasangan mata wang NZD/USD akan menunjukkan kekuatan sebagaimana harga telah menembusi tahap tinggi pada 0.7315. Akibatnya, pasaran mungkin akan menunjukkan tanda-tanda aliran kenaikan harga. Dalam erti kata lain, tawaran membeli disyorkan di atas tahap 0.7315 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 0.7350. Kemudian, pasangan mata wang ini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.7415. Tahap 0.7415 akan bertindak sebagai rintangan kuat yang baharu, kerana pasangan mata wang NZD/USD dijangka akan membentuk 'double top' baru. Sementara itu, sokongan kuat harian dilihat berada pada tahap 0.7181. Jika pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap 0.7181, maka pasaran dijangka akan jatuh ke tahap 0.7100 pada hari ini.
