logo

FX.co ★ Analisis EUR/NZD untuk 18 Julai, 2016

Analisis EUR/NZD untuk 18 Julai, 2016

Analisis EUR/NZD untuk 18 Julai, 2016

Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah bergerak ke atas. Harga dilihat telah menguji tahap 1,5635 pada jumlah yang ultra tinggi ekoran laporan CPI yang melemah di New Zealand. Berdasarkan kepada carta 30M, saya mendapati bahawa terdapat reaksi yang kuat daripada pembeli. Walau bagaimanapun, harga telah berjaya memebuat pembetulan penurunan harga dan harga menguji tahap 1.5510 (penarikan semula Fibonacci 61.8%). Tawaran menjual pada tahap harga ini kelihatan sangat berisiko. Saya telah meletakkan lanjutan Fibonacci untuk mencari potensi sasaran ke arah atas. Saya mendapati bahawa lanjutan Fibonacci 61.8% terletak pada harga 1.5625, lanjutan Fibonacci 100% pada harga 1.5695, dan lanjutan Fibonacci 161.8% pada harga 1.5810. Perhatikan peluang belian pada urusniaga harga rendah. Walau bagaimanapun, sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap 1.5510, maka kita berkemungkinan akan melihat harga bergerak ke tahap yang lebih rendah.

Titik Pangsi Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1.5555

R2: 1.5586

R3: 1.5640

Tahap Sokongan:

S1: 1.5440

S2: 1.5405

S3: 1.5350

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila mengambil pesanan menjual dan perhatikan peluang belian yang berpotensi.


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan