logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USDX untuk 29 Julai, 2016

Analisis Teknikal USDX untuk 29 Julai, 2016

Indeks Dolar kekal berdagang di bawah rintangan utama pada tahap 96.70 dan dilihat telah meneruskan pergerakkan yang sebahagianya besarnya adalah mendatar. Aliran harga bagi Indeks Dolar adalah neutral sebagaimana harga berdagang pada tahap tinggi. Aliran menaik perlu sangat berhati-hati kerana penolakan harga pada tahap semasa akan memberi jalan untuk penarikan semula harga yang lebih dalam.

Analisis Teknikal USDX untuk 29 Julai, 2016

Garis Biru - julat dagangan

Indeks Dolar kini dilihat sedang terperangkap di dalam julat dagangan di antara tahap 96.70 dan 95.50. Pada masa ini, harga berdagang berhampiran sempadan atas julat harga, aliran menaik perlu lebih berhati-hati sekiranya kita melihat penolakan harga kerana ini boleh menyebabkan penarikan semula harga berlaku sekurang-kurangnya ke arah tahap 95.50.

Analisis Teknikal USDX untuk 29 Julai, 2016

Carta mingguan menunjukkan kepada kita dengan jelas pertempuran di antara aliran kenaikan harga dan penurunan harga di pinggir sempadan cloud yang lebih rendah. Harga masih berdagang di atas Kijun-sen mingguan (indikator garis kuning), walau bagaimanapun penutupan mingguan di bawah Kumo akan menjadi isyarat menurun. Sebaliknya, penembusan harga di atas tahap 96.70 akan menjadi satu petanda harga berkemungkinan akan menolak indeks sekurang-kurangnya ke arah tahap 97.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan