
Pasangan mata wang NZD/USD ini masih berada di bawah tekanan. Pergerakkan harga bagi pasangan mata wang ini telah dihadkan oleh garis arah aliran menurun sejak 14 Julai dan kekal di bawah tekanan di bawah rintangan mendatar pada tahap 0.7085, yang sepatutnya menghadkan percubaan kenaikkan harga. Kedua-dua mata wang dolar Australia dan dolar New Zealand telah diseret jatuh oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh bank-bank pusat pada Ogos. Pasangan mata wang AUD/USD menjunam 1.2% ke tahap 0.7501 (tahapa rendah harian pada 0.7473), manakala pasangan mata wang NZD/USD susut 0.9% dan berakhir pada tahap 0.7047. Walaupun kesinambungan lantunan semula teknikal tidak berlaku, namun pergerakkan harga harus dihadkan. Selagi tahap harga 0.7085 mengukuh sebagai rintangan utama, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan jatuh ke tahap 0.7000. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan pergerakkan penurunan harga menuju ke arah sokongan mendatar pada tahap 0.6975.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7000. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6975. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7085. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7125 dan sasaran kedua pada tahap 0.7155.
Tahap Rintangan: 0.7125, 0.7155, 0.7190
Tahap Sokongan: 0.7000, 0.6975, 0.6915
