Emas terus bergerak rendah ke arah sokongannya pada tahap $1,310-$1,300 semalam selepas menembusi bawah corak segitiga yang kita nyatakan pada 2 hari lepas.Pergerakkan masih lagi menurun.Isyarat pembalikkan jangka masa pendek akan berlaku jika Emas menembusi atas $1,320.Pengesahan pada pembalikkan pergerakkan jangka masa pendek akan berlaki jika harga menembusi atas $1,340.

Garisan biru - saluran penurunan
Harga emas sedang berada didalam saluran penurunan warna biru dan bawah Kumo (cloud).Harga telah pun mencecag 38% anjakkan Fibonacci pada kenaikkan daripada $1,200.Selagi harga berada dibawah Kumo,pergerakkan jangka masa pendek sedang menurun.

Emas telah pun menjumpai sokongan pada kijun-sen harian (indikator garisan kuning).Penutupan harian dibawahnya akan membuka ruang bagi pergerakkan ke arah Kumo berhampiran tahap $1,270.Senario dimana kita lihat bawah $1,250 masih lagi dibuka kerana kita telah pun memulakan penarikkan balik yang besar bagi menganjakkan keseluruhan kenaikkan daripada $1,045.Selagi Emas berada diatas $1,045,kita mengandaikan bahawa tahap rendah jangka masa panjang dan pembalikkan pergerakkan jangka masa panjagn pada tahap tersebut.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan