Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah sebagaimana rintangan utama dilihat terletak pada tahap 138.70. Pasangan mata wang ini telah menembusi Bollinger band yang lebih rendah, dan dijangka akan mencari bahagian bawah yang lebih rendah. Sementara itu, indeks kekuatan relatif diarahkan dengan teruk. Saham Eropah sedikit meningkat apabila STOXX Eropah 600 mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.2%. DAX Jerman menokok 0.5% manakala UK FTSE 100 turun 0.3%. Selagi 138.70 kekal bertindak sebagai tahap rintangan utama, penembusan harga ke arah tahap 134.95 kekal berpotensi.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 135.75. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 134.95. Titik pangsi kekal berada pada tahap 138.70. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 139.45 dan sasaran kedua pada tahap 140.15.
Tahap Rintangan: 139.45, 140.15, 141.30
Tahap Sokongan: 135.75, 134.95, 133.80