logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Ogos, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Ogos, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Ogos, 2016

Pasangan mata wang NZD/USD kini dilihat sedang berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang ini telah mencatatkan turutan harga rendah yang lebih rendah dan bahagian bawah yang lebih rendah sejak 2 Ogos lalu dan ia kini sedang mengukuh ke arah bawah. Penurunan pada purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 telah mengekalkan kecenderungan penurunan harga. Indeks kekuatan relatif adalah di bawah tahap neutral pada 50. Selagi tahap 0.7220 melindungi aliran menaik, maka perhatikan pergerakkan penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap 0.7135 dan mungkin juga ke tahap 0.7100 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7125. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7075. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7220. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7260 dan sasaran kedua pada tahap 0.7295.

Tahap Rintangan: 0.7260, 0.7295, 0.7345

Tahap Sokongan: 0.7125, 0.7075, 0.7055

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan