logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 04 Ogos, 2016

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 04 Ogos, 2016

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 04 Ogos, 2016

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan melanjutkan pergerakkan menaik. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi bahagian atas yang lebih tinggi dan bahagian bawah yang lebih tinggi sejak 2 Ogos lalu dan mengukuh pada aliran menaik. Kenaikkan pada purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 memainkan peranan sebagai sokongan dan mengekalkan kecenderungan kenaikkan harga. Indeks kekuatan relatif kekal berada di atas tahap neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum penurunan harga. Laporan Pekerjaan Kebangsaan ADP menunjukkan bahawa majikan swasta AS telah menambah 179,000 buah pekerjaan pada Julai, bacaan yang lebih baik berbanding ramalan yang mengunjurkan 170,000 buah pekerjaan. Selain itu, PMI Perkhidmatan Markit AS mencatatkan bacaan akhir pada 51.4 bagi bulan Julai (berbanding 50.9 dalam anggaran awal dan 51.4 pada bulan Jun), dan PMI Komposit adalah pada 51.8 (berbanding 51.5 dalam anggaran awal dan 51.2 pada bulan Jun).

Selagi tahap harga 0.9670 bertindak sebagai sokongan, perhatikan kesinambungan pergerakkan menaik yang selanjutnya ke arah tahap 0.9765 dan 0.9825. Di bawah tahap 0.9670, perhatikan pergerakkan penurunan harga yang seterusnya dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 0.9630 dan 0.9590.

Tahap Rintangan: 0.9765, 0.9825, 0.9875

Tahap Sokongan: 0.9630, 0.9590, 0.9535

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan