
Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY telah turun ke tahap rendah baru 112.50/60 hari ini semasa awal pagi perdagangan, sebelum harga ditarik semula lebih tinggi. Pasangan mata wang ini diramalkan akan didagangkan berhampiran dengan tahap 113.00 pada masa ini, dan mencari peluang untuk melonjak lebih tinggi dan sasaran rintangan pertama terletak pada tahap 114.70/80 seperti yang telah dibincangkan semalam. Sila ambil perhatian bahawa pasangan mata wang ini masih berada di dalam julat sokongan fibonacci 0.618/0.786 pada keseluruhan kenaikkan harga di antara tahap 110.80/90 melalui tahap 118.40/50 seperti yang digambarkan di sini. Selain itu, pasangan mata wang ini juga dilihat telah selesai membuat penurunan daripada tahap 118.40/50 pada ketiga-tiga gelombang, iaitu pembetulan hingga sekarang. Oleh yang demikian, adalah disarankan kepada para pedagang untuk kekal membeli buat masa sekarang, dengan risiko ditetapkan di bawah tahap 112.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 112.00, manakala rintangan pada tahap 114.75. Kenaikan harga perlu terus mendominasi pasaran sehingga harga kekal berdagang di atas tahap 112.00 pada sesi dagangan akan datang.
Cadangan Perdagangan:
Ambil pesanan membeli baru sekarang, dengan menetapkan keddukan Stop Loss di bawah tahap 112.40, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
