
Ringkasan Gelombang:
Kami melihat tahap rendah baru 1.5397, sebelum kenaikkan harga seterusnya yang lebih tinggi dan penembusan harga di atas garis rintangan saluran 1.5551 adalah petunjuk baik yang pertama bahawa pembetulan harga do dalam gelombang ii akhirnya telah sampai ke penghujungnya dan kenaikkan impulsif baru kini sedang membangun. Penembusan harga yang jelas di atas tahap rintangan kecil 1.5627 masih diperlukan untuk mengesahkan aliran kenaikkan harga, khususnya permulaan kenaikkan impulsif baru yang lebih tinggi ke tahap 1.6178 dan lebih tinggi. Sokongan jangka pendek dilihat masing-masing terletak pada tahap 1.5518 dan 1.55397.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 1.5627 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.5390. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 1.55.18 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.5615 dengan mula menggunakan kedudukan stop loss yang sama pada tahap 1.5397.
