logo

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 08/08/2016

Gambaran makro global untuk 08/08/2016

Gambaran makro global untuk 08/08/2016:

Data Pengeluaran perindustrian Jerman telah dikeluarkan pada pagi ini dan ia mencatatkan bacaan yang lebih teruk berbanding ramalan. Bulan sebelum menyaksikan penurunan kepada -0.9% m/m, oleh yang demikian untuk bulan ini peserta pasaran menjangkakan bacaan yang lebih baik, hanya pada tahap 0.9% m/m. Walau bagaimanapun, data yang telah dibebaskan merekodkan bacaan pada tahap 0.8%, yang tidak begitu buruk, walau bagaimana ia adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan. Kesimpulannya, enjin kuasa zon Euro tidak berhenti dan berfungsi dengan baik dengan pengangguran pada rekod rendah, tetapi ia masih tidak berjaya mengatasi ramalan pakar ekonomi.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD pada carta 4H. Pasaran menjunam selepas laporan NFP Amerika Syarikat dikeluarkan pada Jumaat, dan ia kini sedang berdagang di sekitar pertengahan zon perdagangan. Tahap tinggi 1.1230 mungkin dianggap sebagai tahap harga tinggi yang lebih rendah, yang mana aliran penurunan harga perlu mendominasi semula pasaran ini dan menolak harga ke arah sokongan seterusnya pada tahap 1.1028.

Gambaran makro global untuk 08/08/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan