
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga di atas tahap 0.9785. Pasangan mata wang ini kekal positif mengikut unjuran urusniaga harian. Asas sokongan kukuh pada tahap 0.9785 (Tahap rendag 08 Ogos) telah dibentuk dan harus menghadkan percubaan penurunan harga. Indeks kekuatan relatif masih di atas kawasan neutral pada tahap 50. Purata pergerakkan tempoh 50 kelihatan semakin meningkat, yang mengekalkan prospek kenaikkan harga. Selagi sokongan mengukuh pada tahap 0.9785, kenaikkan harga yang seterusnya harus dijangka dengan rintangan mendatar terletak pada tahap 0.9875. Pada Isnin, indeks saham AS ditutup sedikit rendah ekoran kenaikan pada saham tenaga telah diimbangi oleh kerugian pada saham kesihatan. The Dow Jones Industrial Average kehilangan 14 mata (0.1%) dan menutup pada 18.529, S&P 500 jatuh sebanyak 2 mata (0.1%) kepada 2.180, dan Nasdaq Composite susut 7 mata (0.2%) kepada 5,213. Bristol-Myers Squibb, merosot 16% pada sesi lepas sepertimana ubat kanser paru-paru Opdivo gagal untuk mencapai titik akhir kajian, menyumbang kepada penurunan 4.7%.
Penembusan harga di atas tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan pergerakkan kenaikkan harga ke arah rintangan seterusnya pada tahap 0.9905. Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi di bawah tahap 0.9785, perhatikan penurunan harga yang seterusnya dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 0.9760 dan 0.9720.
Tahap Rintangan: 0.9875, 0.9905, 0.9985
Tahap Sokongan: 0.9760, 0.9720, 0.9670
